Gegirl

Cut cut…

IMG_7392

hah pink bag tu kan, is my make up bag yang khas untuk dalam kereta. Jadi datang saloon dengan muka tak berhias at all, rambut kembang macam tu lah, while waiting for Kakak potong rambut, aku bermake up le sikit, tak de heavy mana pun, asal tak macam kak jah udah.

 

IMG_7402

I teman kakak potong rambutnya. Cik kak sorang ni bukan jenis yang suka berhias melawa, jadi walaupun dia bertudung tapi hadoih tak semenggah aku tengok rambutnya yang mengerbang (pada aku ler), kat dalam rumah tu. Dia pun dah mintak potong2 rambut. Cantik kemas je rambutnya bila dah berpotong pendek. Padanlah mak aku dulu suka benar memendekkan rambut aku masa zaman2 umur kakak ni dulu. Now I know. Cos aku pun sama cam mak aku hahaha…yelah kekecik dulu mana nak bergaya sangat, asal ada rambut sudah. Ceh…

IMG_7414

Dan aku pun sama potong rambut gak. Sikit je pun 3 inci. Tu tidur tu, tidur betul yek. Terteleng2 pala aku dok tidur mana ngan Michael dok kerat rambut aku lagik. So sleepyyyyyyyyyyy! Korang tidur bape jam hek? Aku tidur sehari dalam max 4-5 jam jer la kalau weekdays tu, if weekends tu lama sikti la tapi in between banyak bangun2 gak.  Tapi hari nak potong rambut ni memang mengantuknya lahai.

Kalau tak kerana dah delayed ngan rambut kakak tu, memang aku malas betul le sangat nak keluarnya.

IMG_7446

Pendek hok gini jer lah rambut aku pun.

I ada one project coming soon, to reveal kemudian insyallah tahun depan pun projectnya.

Top by Zalora, as usual guna code ni untuk 15% discounts for first time customer : ZBAPZDSU

Alis red shoes ni of cos, by Cipela. I ada kasut2 baru Cipela, so excited to show to all of you. Esok yek esok kita posing posing :)

 

Comment: 1

The 11th…

 

IMG_6242

This was on the birthday nite of Kakak. Kitorang ni bukan type yang keluar malam weekdays. My concept is weekdays (unless kerja or event , which is of cos part of kerja lah kan) kita  mmg takkan kuor malam. Selain dari bebudak sekolah, it s gonna be tired, nanti waktu depa tidur pun lari.

tu dia 5 ketui air, termasuk air botol suam Zeeshan hiks…

IMG_6246

Kita makan kat restaurant baru yang kat Alam Damai tu tapi asalnya dulu restaurant yang masa birthday abang gak, diorang suka bebenau ler makan sini. In fact abang dah looking forward nak makan on his birthday kat sini too.

IMG_6248

4 plates for them. Aku makan cuit apa saja yang depa makan. Portion boleh tahanlah kira memang tak yah ler aku nak order sama plate pun. Zeeshan tu sepinggan plate of fries, dia tu susah betullah nak makan, menu dia statik sama jer. Kalau tak nasi, nasi nasi….mat nasi sangat. Dedulu masa baby, macam2 menu aku buat senang je telan, dah makin besar ni lagi payah nak menelan. Aku rasa kurus je dia…

Habis dinner kita terus baliklah, aku pun memang tak sihat sangat sebenarnya pun, kalau tak kerana birthday anak aku, memang aku takkan keluar, malam tu laki aku tolong sidaikan baju, aku dah terus tidur.

Anyway, this week kita ada cuti raya haji, pastu aku pun memang sambung cuti gak yeak, some more ngah cuti sekolah too. Hangpa pi memana? Aku tak pi mana2 but my family depa 3 orang insyallah akan ke Cambodia and Vietnam for qurban aqiqah and little bit of jenjalan.

 

Comment: 2

11th on 9th September…

IMG_6119

mak kau nak crop ni … keterlupaan la.

Ini brownies cake, ada strawberry lagi. For brownies ni special request dari kakak RD (depa nak mai rumah) but yang 10 tahun supplied untuk brownies aku, tak boleh nak buat on time, so aku amik order dari tempat lain – up ngan strawberry – for this size about RM70. Top up pulak ngan chickenpuff and dapat pulak percuma puffgebu. Hangpa nak order boleh get from Pinkydotz Apron – boleh buat delivery – at RM15. they are based in Shah Alam. So depa hantar pagi Sabtu (tanpa pengetahuan kakak le).

Order from Pinkydotz Apron https://instagram.com/pinkydotz_apron/

Number 0132914065.

IMG_6124

Depa balik je dari Melaka (wedding belah lelaki untuk anak sedara RD) aku tak bagi dia bukak baju dulu. Ni ramai ada nih, mak mertua, akak2 ipar duai ada, but kita bagi spotlight kat Kakak lah yeah. So dah alang2 nak order brownies yang akak ipar aku mintakkan tu, aku suh gak ler depa buatkan wishes note sket untuk Kakak. Her birhtday falls on 9th September.

Habis bagi laluan Maghrib, lam 20min later barulah celebrate sesikit.

IMG_6135

Terkejut dia ada kek ada candles bagai, ada namanya lagi kat kek. Memalu gitu…

sian muka kakak, letih yo. Dari pagi ke Melaka, kat nak Maghrib baru sampai rumah.

IMG_6146

Penat kakak dah blow tak gak padam2 candles tu, ini seperti biasa magic candles, ko blow la macamana pun dia takkan boleh padam, sampai 3 orang bantu pun, takkan padam. Adiknya dah hapal lagu Happy Birthday coz kat sekolahnya kan asyiklah orang celebrate kan. Half, my family mertua makan brownies tu, half lagi kakak bawak ke sekolah, untuk menjamu kawan2nya, sek cinanya dan sek agamanya.

IMG_6082

Cantik betul dress purple ko ni kan kak. dia punya lace labuci tu meriah sangat. Takde merah, kalau tidak memang aku dah suruh amik merah. Dress ni lah yang dibeli di kedai kat Kuala Kangsar tu, match ngan lilac tudung. Harga dress purple ni RM160 (dont la cakap mahal hahahaha), tapi memang cantik ler. She chose this colour, terus semua keluarga mertua kena pakai purple untuk majlis bertandang ke Melaka coz aku cakap since kakak dah amik purple, hah kita pilih purple kay. kehkehkeh….

Hadiah birthday udah dapat – an iphone 5 (preloved lovelove dari maknya), nak bagi ASUS but dia eager nak gak pakai iphone, she memang an iphone user sangat. Pastu dari apak dan maknya gak – trip ke Cambodia and Vietnam, hah birthday gift gak lah tu :) .

Terima kasih kakak, jaga Red House, jaga abang jaga adik. Sejak menjak takde maid ni, banyak kerja dia bertambah, kadang2 kena tolong lipat kain baju (paling wajib malam menonton Super Spontan). Dok dapur dah tentu ler kan tolong mak, tolong neneknya. Kalau weekend je wajib semua orang tolong siang bawang merah and putih, senang nenek nak pakai for weekly usage.

Alhamdulillah – usia blog aku pun dah turns 11 years old too, sama lebih kurang ngan umur kakak, sama depa membesar, dari kakak tu cinonit kecik kuat sentap merajuk, now dah anak dara. Pemalu pendiam but ngan kenkawan meriah. Plan nak buat birthday partynya, terpaksa bertunda2 lagi, 2 weekends kita penuh ngan wedding pastu nak buat this weekend, kakak pulak ada camping. She  dah looking forward sangat, ngan camping tu, laju je mintak bapaknya RM100 nak pergi camp tu if lambat tak dapat seat. The first 20 submit the forms n fees dapat pergi.

Happy 11th Birthday Kakak Melysha (also known as Gegirl dedulu). Allah lindungi anakku ini, jagalah tutur kata langkah lakunya, jaga Melysha untuk kami. Sentiasa anak kami ini dalam RahmatMu.

Tetiba dah 11 taun, pastu sok sok, dah beat tinggi maknya, dah anak dara sunti. Cepat besar bebudak ni.

Comment: 13

Sport’s girl…

 

IMG_2147

Adik ni kalau dah malas berdiri malas jalan, dia kalau mintak dukung, korang janganlah tak buat. Kena gak lah dukung. Usually jadi mangsa is si apaknya…

IMG_2151

si hensem tall and dark ni, adakalanya ada. Most of the time, takdeeeeeeeeeeeeee, lelepak ngan gang2 dia (yg mostly seniors dari sek ni gak lah, sama batch ngan dia)

IMG_2163

Kakak dah bersedia nak berlarian. iyah iyah

IMG_2181

eh dah abis pun. 4X100 meters, kakak pelari ketiga dan menang tempat kedua.

IMG_2186

Kenapa ko dok rumah kuning kak? Ko mintak la tukar merah kak…alah setahun je lagi pun

IMG_2191

Dia seret botol air dia, sampai tutup biru botol tu pun tercabut! adik niiiiiiiiiii

IMG_2193

ada games untuk abah dan anak! bapaknya wajib masuk.

IMG_2201

bersama penyokong kecik, yang sebenarnya waktu panas berdenting ni dia dah mintak dukunggggggggggggg dari apaknya

IMG_2211

game ikat kasut bapak by anak…sort of

 

IMG_2223

kemusykilan betul Zeeshan tengok. Nama pun game kan dik. Eh Zeeshan also won the musical chair kat sekolah dia. Gelak2 aku tengok video cikgunya hantar. excitednya ko dik main musical chair.

IMG_2239

dan tamattttttttttttttttt….depa dapat number 4. Pun dapat gak hadiah woi. Ingatkan 3 places je dapat hadiah ahhahaa

IMG_2248

kawad perbarisan

 

 

IMG_2271

cantik plak combination pink and kuning ni kan! hemm…leh lah ada idea sikit buat main warna sok sok

IMG_2275

Congratulations Kakak! Skang dia ngah concentrate untuk hafalan the pertandingan bercerita untuk English pulak. Haritu yang dia menang in Malay kan.

IMG_4072

Si adik yang balik tu, mandi makan, terus tidurrrrrrrrrrrrr. tidur sama berdengkur dengan bapaknya and kakaknya.

IMG_4076

si abang, diuruskan maknya, tuition dan kulu kilir sana sini lah. Aku tak pergi ikut sukan pagi tu, tu pasal aku takde dalam picture mar….aku ada urusan kerja lain. Tapi petang aku took over semua hal anak2, kasi laki aku rehat pulak selepas half of the day dia dok spent kat sukan bawah matahari tu kan..

IMG_2303

Photo ni took by Kakak’s teacher. She suka tengok the 4 beranak ni, so happy go lucky. Hallo teacher u tak tengok mak depa yet, lagikkkkkkkkkkkkk happy2 walaupun tetap orang kata aku muka garang bagai apa pun.

So anyway, speaking of Kakak…her birthday is coming, this September. I m planning to host her birthday party lah, bukan bebesau alam tu, kekecik jer. Jadi aku ngah pikir tema. Tema tak yah merangut2, dia pun dah 11 tahun. Cartoon2 ni dia tak minat.

Tapi dia minat Iqbal penyanyi budak Indonesia tu lah. Running Man Korea tu her fav gak. Tema apa ek? Yang simple dan mudah nak deco ler, dan senang nak mencarik. Nak buat kat rumah jer, coz she dok looking forward sangat to have a birthday party at our new Red House. So, untukmu anak, jom kita buat birthday party kakak yek. Not a surpise2 one, invite pun untuk kenkawan dia, bebaya dia jer…

Thanks for the ideas…

Comment: 8

Royal blue for the family…

IMG_1492

back home aritu, Ah Seng ada datang buat touch up rumah. Sambil tu dia bawak bapak punya besau  ler hamper. Ini paling besarlah sejarah hamper dia bagi. For raya ler. Kalau Raya Cina lagi berkotak2 punya limau dia hantar. Yang tahun ni paling hebat ler coz mau taknya, bukan main puluh ribu dia buat rumah aku, ratus ribu oi nangiss….But thanks Ah Seng, kerja ko sangat bagus!

IMG_1495

Adik dah siap pakai baju tradisional Indonesia, nak naik lrt. Rumah sekarang ni, jalan kaki je ke LRT hiks.. satu kapal red family nak ke KLCC berbuka puasa dengan mak nya..

IMG_1498

Bapaknya habis conference awal so dapat amik abang dari sekolah, and terus bawak anak2 keluar naik LRT. Takkanlah nak bawak kereta, dah tentu kita nak balik sesama lepas tu kan. Pastuh nya kalau drive gak, siap le kol 8 malam pun tak tentu korang sampai KLCC tu dengan jem yang mencekik.

IMG_1503

Zeeshan sangatlahhhhhhhhhhhhhhh pencinta vehicles (dah banyak kali bilang), jadi dia sangat beria betul bila dapat naik lrt. Dia panggil train train train.

IMG_1505

Galid betul. jakun le ko ni dik.

IMG_1508

Kopiah tu, satu set dengan baju nih, seluar pun tapi sampai KLCC dia dah malas nak pakai kopiah tu

IMG_0190

Dan kami pun bertemu, tema biru. Laki aku malas nak tukar baju biru, dia dah sarung baju putih tapi exceptional case seluarnya biru. Bolehlah tu…

ye aku tau, abang dah lama beat height mak nya, maknya pun bukannya jenis tinggi, dah tentu pendek. Dan he s about the same height of his dad gak.

IMG_0206

Mak merah pakai baju repeat jer, baru pakai sekali waktu wedding adik aku. Yang skirt biru hitam tu dari #kree. Fuschia shoes dari Cipela, of cos.

IMG_0233

 The complete of us, berbuka bersama teman2 yang lain. Tak boleh nak expose :)

IMG_0237

Tengah aku rancak berborak (bapak, abang kakak ngah Maghrib, kita kena take turn le solat coz ada budak kecik nih). Dia boleh jerit, Mummyyyyyyyyyyyyyy nak beyak.

huwaaa ko ni dik.

Jadi tu nampak ada belah kanan sket kat pintu tepi tu dia tengah memberak hahahaha. Mak ko vouge2 tapi kalau dah anak nak berak, pedulik hapa anak kau ngan vogue mak kau. Hiks..

IMG_0269

Tudung macam kakak pakai ni kan (mana nak carik yek, janganlah suh pi festival2 tu, aku dah takde masa ler nak pergi), aku nak cari untuk kaler lain. She loves this kind of tudung, selain yang jenis sarung2 tu pun dia suka gak. Online pun kang tak sempat, ada seminggu lebih je lagi nak Syawal hah.

By the way, this entry is also dedicated untuk Kakak. she just won the Pidato / Syarahan peringkat sekolahnya. Number satu. Tak sesia ler sebulan lebih aku coached dia. Siang malam, asal ada waktu  memang kami bersama2 mak anak buat practise.

Sebelum Ramadhan pun sempat Hilal Azmi datang tolong gak, yelah dia dah jadi orang Astro Awani, ada le tips2 yang dia nak tolong kakak gak.

Tahniah Kakak, she kalahkan 14 other students. Aku dulu juara syarahan pidato ni kat Sek Agama Al Mustaqimah, jugak juara di Cap Kunci too. Pernah jugak aku wakil sekolah untuk Pidato Piala Diraja peringkat Wilayah Persekutuan.  Sejarah mak nya berulang turun ke anak daranya. Well done Kakak!

Comment: 11