Supermak

The story of the ‘5 sisters’…

Ini special entry yang direquested oleh Yana aka Ediyana.

Camne ke haku memblend sampai 3 bulan boleh bertahan kan. The methods  ni senang jer. aku belajar dari mak ajah. but mak buat tak sampai 3 bulan dah abis, mak aku tu lain ler, dulu dia memasak lagi banyak ‘sampah sarap’ dalam masakan also banyak dishes so lagi cepat habis lauk pauk. Udahlah tu masak banyak untuk 2 rumah, one for mine one for hers gak. So memang cepat abis lah. But sejak setahun lebih dah, mak ajah dah tak datang rumah aku masak, so tu yang aku sendiri take over. Pastuh mak nak datang balik but aku cakap tak yah lah….ai can manage. Dia risau aku bz bagai, tapi alhamdulillah aku boleh survived. Setiap hari aku masak…hari pergi wedding jer baru aku tak masak hiks…

IMG_2721

untuk makluman, akak ada chest freezer. So tu pasal all the bahan2 blending leh tahan berbulan2 coz dok dalam chest freezer nih.  Kalau harapkan fridge biasa tu jer, mana ler muat and tahan coz asyik bukak katup je the freezer tuh kan.

Bahan basah macam ikan ayam daging udang sotong tu:

1. aku siang awal2 and pack it lam bekas kekecik and siap asingkan

2. ayam yang ko tengok atas tuh, semuanya hok isi, untuk diperap dan digoreng

3. for breasts or drumstick pulak, aku dah asingkan dalam 3pcs dalam setiap bekas, meaning setiap  kali masak, kuorkan sebekas, memang masak pun 3 ketul ayam jer. Coz yang makan sehari sekali tu abang apaknya and adiknya. Bebekas ayam ni akan jadi dalam 6,7 bekaslah, bergantung pada bape ekor ayam yang laki aku beli over the weekend.

4. daging tu pun aku asingkan 3 bekas. satu dah buat asam pedas daging tetel tu kan, satu lagi nanti maybe buat soup, satu lagi tu nanti buat kari daging ke. tengok mazhab aritu nanti masak apa hahahha

5. same goes to the ikan, semua berlainan bekas dan jenis. Nak masak je, hah capai le kuorkan. cencaru sebekas, kembung sebekas, tenggiri sebekas. listnya gitu. Ikan dimasak biasanya 2 ketul (macam contoh ikan tenggiri masak lomai), so seketui besar akan buat makan by apak and anak bujang, seketui lagi untuk Zeeshan bawak pi sekolah.

IMG_2722

IMG_2724

akak malas betul nak kuorkan semua yang dah blended dari freezer nih, so ini yang boleh disnap. Kids will blend asing semua nih. Kerja abang akan blend:

1. Kunyit

2. Halia

3. Bawang merah

4. Bawang putih

Kakak pulak akan pipih cili kering, rendam and blend

5. buat cili boh

all 5 ni aku panggil, the 5 sisters. My language kat rumah, sebelum aku sampai rumah, lagi 5-10min abang akan kuorkan the ‘5 sisters’ nih. termasuk serai dah siap tumbuk. 6 sisterslah.

pahe?

Semua blended ni, masuk lam bebekas yang korang nampak tuh. and datekan, and simpan lam chest freezer. Bertahan 3,4 bulan. Untuk dipakai harian pulak, ada sebekas each for all 5 sisters dok dalam fridge. Agak2 lagi sehari 2 any of the 5 sisters akan habis, aku akan kuorkan sebekas from the chest freezer letak lam fridge, pindahkan ke situlah. Coz dia ngah bapak beku, jadi kenalah makan hari gak untuk didefrostkan. Melainkan darurat, tak gak ko melembut, aku defrostlah kat microwave (kan ada button for defrost kat microwave tuh).

Jadi camtu la caranya akak blend. Campur air le coz mana boleh keras mengejang lam blender bila nak blend. Tapi ai need to invest to good blender lah, walaupun 3 bulan sekali je pakai, 2 blenders untuk buat ni semua, tak power lah. Anak2 komplen je lagik for blend tak sedap, aku akan melompat terus beli yang baru lagi gah power hehehehe….ai thank my kidslah, coz depa memang terer buat blend ni semua. u can recommend gak apa blenders yang good the best the boom to buy?

Untuk hehari biasa if need to blend, macam contoh, biji buah keras. tu tak yah blend ler, setakat nak pakai 3,4 bijik sekali masak, akak pakai batu lesung je lah.  So means for blending nih, abang akan buat 4 kali blend, kunyit ngan halia tu tak yah hiris kulitnya bila blend, masukkan je sekali arung lam blender. Bawang putih, beli terus yang dah siap kupas kulitnya, for bawang merah, pun abang akan kupas kulitnya. Jadi tu pasal keje 4 sisters tu abang buat coz untuk cili boh, kena ada masa bertenang pipih cili kering and rendam ngan air panas bagai, tu mmg job kakak.

Me…monitor dan mendidik anak2 aku menjadi manusia yang tau ‘jalan ke dapur’ hehehehe…

IMG_2726

i memang jarang letak bebenda yang aku masak dalam nih, remeh ler. Masak je pun. But i did updated semua dishes yang aku masak kat Instagram, the IG Stories. Sesila ler tengok situ. Beribu orang tengok dari situ pun. Ini aritu nya cooking, asam pedas daging tetel and kobis masak lomak putih. Weekdays ai tak masak banyaklah, setakat my 3 boys tu je yang makan (i dont eat gak coz carbs oil santan ni semua memang my pantang, fatty marrrr).

Hari yang kakak balik, special, 4,5 jenis lauk, termasuk hari yang pi visit dia, upon apa yang dia request mintak menu apa. Hari2 lain, ikut abang nya menu, apaknya telan jer, janji kena ada pedas. tu aku  dah back up sebekas sambal ikan bilis pedas gak. Abang is wajib ada ayam, manjanggggggggggg je ayam, tu yang aku asyik buat kari ayam lah, ayam masak lemak, ayam masak kurma, ayam masak merah, ayam perap, u name it lah, semua jenis ayam abang nak.

Weekdays gak since 3 orang tu je yang makan, and depa hanya makan sekali sehari je cos (kena ulang balik citer nih).

1. anak sulong aku balik sekolah dah petang, so dia makan late petang tu as his early dinner

2. laki aku pi keje kol 2-3 petang, so dia makan sebelum pergi kerja tu ler, sekali jer. Malam dia balik lambat ler, kol 2-3 pagi (again, Germany hours).

3. Zeeshan pun makan sekali je, petang balik sekolahnya, early dinner ngan abangnya. but lam seminggu tu 2,3 kali aku akan packkan yellow soup (masak pindang), or chicken soup or fish soup untuk dia bawak ke sekolah. Leh makan ngan kenkawan gak.

4. Aku masak setiap petang, balik dari kerja. Kitchen tutup before Maghrib.  Sejuk je semua lauk pauk yang dimasak, aku simpan lam fridge.

5. Esok siang sebelum laki aku pergi kerja, dia akan kuorkan lelauk pauk ni and panaskan, and ngap.

watamat. semoga tips blending menyelamatkan kamu jugak.

Inilah cerita, the 5 sisters.

 

Comment: 6

Additional classes for the trio…

Setiap tahun, bulan March adalah bermulanya semua sessi kelas tambahan or any private sessions for our kids. Meaning jadual aku pun sama berubah ikut anak2 nya schedule.

Abang have tuition classes for every 3 days during weekdays. Sehari je yang dia akan pergi balik sendiri but the other 2 days aku akan jadi supir untuk hantar jemput dia. Remember apaknya bukan keje waktu normal hours so everything memang on his mak nya lah.

Meaning, 3 hari ni semua kerja rumah yang biasa abang bantu aku, totally tak boleh buat, so aku ler yang buat sesorang, ada le yang reringan Zeeshan tolong sama gak. So dari basuh kain baju, sidai kain baju, lipat kain baju, memasak, kemas kitchen, vacuum segala bagai, aku lah supermaknya.

IMG_7998

Ini hari yang kakak dapat pulang ke rumah, so dalam sebulan twice a month kakak will join the Chess Class. Led by Coach Din, helped by Coach Fauzi, they are coaching my 3 kids for our wajib kena amik tau main – Chess.

IMG_8585

Untuk 2 kelas lagi yang kakak tak dapat join, hanya Zeeshan dan Abang je lah in the class.Usually masa kelas aku terus dok atas, buat keje2 lain pulak.

IMG_8033

Oh Kakak ada buat drama 3 hari di sekolah barunya hahaha, i tak sempat lagi nak update anything on her new school tuh, nenantilah. So part of it, aku carik Ustaz yang ajar her Arabic Class. She was from chinese school and walaupun dia ada basic Arabic, but not that strong. Current school ada 3 subject dalam fully bahasa arab so I have to help her lah in terms of arabic nih. Luckily my mom’s arabic ustaz nih ada slot untuk ajar Kakak. So for twice a month, waktu kakak balik, Ustaz akan mengajar di rumah.

Ustaz Hafiz ni sama yang in charged on the qurban Cambodia.

 

IMG_8843

dan bila weekend yang Kakak tak balik, Ustaz akan datang ke sekolahnya di waktu melawat weekend tu lah. Asalnya aku buat 2 kali per weekend, but macam melecehkan ustaz pulak nak datang 2 kali kan, so aku suh buat sekali harung dalam sehari yang dalam setiap weekend tu lah. Dan bila Ustaz datang mengajar di sini, RD and Zeeshan akan datang teman sama. This one aku tak datang coz a day before tu Sabtu aku dah datang melawat dia (that weekend tuh aku laki bini bz dengan chess tournament).

IMG_9094

Zeeshan pulak, twice a week ada Reading class. Pun aku engage teacher datang rumah. Thanks Aunty Mia. He needs to speed up his reading coz tahun depan dah nak masuk Year 1. Once a week pulak, our mengaji kelas masih berjalan seperti biasa, that s by Qila (anak2 panggil Kak Qila), ini dah 6 tahun macam nih, but since abang kakak dah khatam last year, mengaji kelas hanya untuk aku dan Zeeshan sahaja lah.

So memang our weekdays sangat full, malam harinya. Aku pun dah tak banyak events luar so tak perlu nak pikir hal blog lagi dah, if ada event or clashes or kejer etcs, bapak depa will help out to work from home.  Sangat jarang dan so far masih lagi aku manage semua nih. Tak kacau laki ai ye…

Zeeshan’s bedtime skang dah lari ler, no more 830pm. Nak dekat kol 10malam baru dapat tidur skang nih coz dia ada 4 private class during weekdays.

Aku sangat pentingkan masa, selagi boleh buat kelas tu di rumah, sangatlah aku akan carik usaha daya coz if kat luar, kena waste time on travelling segala. Abang’s case is different, dia science stream, susah nak dapat cikgu2 yang boleh nak datang rumah with all those subjects. Lagipun dia sonok tuition luar coz kompem 2 malam dapat tapau makan roti canai 🙂

Anything for the kiddos. Insyallah.

 

Comment: 3

Weekend’s drama….

i had a very rough weekend.

i woke up early morning, starts with buat mee goreng.

in between i buat keje memacam, pastuh i baked 3 trays of brownies  oh sebelum tu ai menyiang daging cam nak rak and rebus.  I tak cook for lunch coz I thot mee goreng dah cukup for them since kita nak kuor petang tuh. Debak debuk, baking memang amik masa lama sikit coz i buat solo.  Eh pagi to noon tu coz kakak ada arabic class. Abang pulak ada PIBG di skul, on duty as prefect.

Habis baking, baru nak naik mandi, turun balik coz ada orang melapau nak nasi. Bila dah masak bagai, tak nak makan. So ai naik susun buat keje bagai lain, donno what, banyak je keje umahnya. Ai habis mandi, dah kira petang gak, turun  untuk buat keje umah lain gak, this day pun helper ada datang, but rasanya 4,5 jam gak dia spent untuk ironing (she came twice a month).  Kuor masuk angkat kain baju dari porch, banyak laundry 2 hari tuh. Petangnya masih lagi ngan sidai last one the kain2 buruk.

Then sent my helper balik. Phew….

Late petang all 5 of us keluar kejap till 10pm. Sambung malamnya kemas lagi memacam and lipat baju segedebak.

Tetiba midnite terus pengsan, letih.

Esoknya, pagi menurun dapur, aku sorang2 kelentang keletung, masak 4 lauk.  Kids kalau ko tak jerit turun memang lambatlah turunnya. Yang sorang lagi tuh, king of tidur, so tak guna kejut.  Dan buat itu ini, routine as supermak. About 2.30pm, keluar pi hantar abang tuition, hantar kakak to her old skul, kat asrama coz dia rindu ngan kenkawan lama dia and I teruss pi antau Prada to the petshop back (citer  Prada menyusul, anw dia memang kompem male).  Menunggu kakak kat hostel lamanya tu about 45min or more and terus amik abang, carik shuttlecock takde kedai sukan yang bukak kat bsp tu, rushed balik.

kelam kabut aku kat dapur reheat semua lauk pauk, and yang kena masak baru gak coz ayam tak cukup dalam masak lemak. Then sorang2 ni gak buat spaghetti olio, mana ngan nak packingnya. Luckily malam tu aku dah siap2kan pack kain baju kakak nak balik hostelnya. Pap pup pap, ngam2 lah untuk dia bawak balik semua tu. 4 lauk pauk + nasi putih, dengan spageti, and karipap sardin tak pedas dan 2 tupperwares brownies. Untuk dimakan malam tadinya bersama bebudak dorm.

Yelah meriah sikit makan reramai, so takyah makan lauk dewan makan if on Sunday tu kan.

IMG_7966

dan ini panorama di balik sofa depan tv. Mungkin bukan sebulan punya collection, must be more than 2 months nih. haih. Aku tergerak nak tolak coz ada benda terjatuh bawah tu, and bila abang pushed it, huk aloh….mengucap hakak. Abang kasi clear terus coz maknya dah bebel, ai even jumpa memacam toys the kitties, toys Zeeshan dah tentulah mostlynya kan. Buku abang kakak pun ado!

ada orang kaup terus kan, masuk dustbin. jangan pandang belakang dah hahahah…but idok le haku. 90% tu berguna pakai lagik.

The closure of Sunday is a very bad news to everyone, to chat later.

 

Comment: 3

Hoverboard’s tips…

IMG_4691

pada aku, eii malasnya…vacuum pun nak pakai hoverboard

but pada RD, inilah yang paling menyenangkan hidup dia. vacuum ngan pakai hoverboard. Abang kakak memang terer le ngan menatang nih, laki aku pun dah sama terer gak. Aku jer yang tak kuasa nak naik melayan heh. Zeeshan pulak ngah on training lah belajar, but coz weight dia tak berat sangat, kureng sketlah.

So ni pun kira leh masuk package tips supermak gak yeah walaupun superpak yang bikin 🙂 .

 

Comment: 1

Start of 2017…

Hello 2017 🙂

Dah 2 tahun aku tak buat imbasan of RM for setahun movements. Kekangan masa aka malas. Inilah my official entry after almost 2 weeks away from the blog. Ads is different story lah.

So sebab betapa sedapnya cuti blog kan, so hasilnya hari ni, light2 entry je lah. One of the days yang aku menyopping (memang hehari membeli but cant recall ler beli apapun sangat – maleh).

tapi yang ni, memang aku to die for lah.

IMG_4109

silapnya aku turun lambat gi melawat B&BW nih, banyak yang dah abis. Like shimmers, the selections of car perfumes (refills) pun tinggal 2 jenis jer. harga runtuh la kalau seketul dah 6inggit kan. The hand foam tu seketul jadi RM11. big bargains sangat. I dah ada lam 6 botol (3 ngah in use),so stock up lagi 4 ni, at least mau setaun kot baru abis. Btw, akak lagi suka pakai hand foam instead of soap. Foam tu lagi sedap hasilnya bila kita basuh tangan. So yang lagi 5 bijik tu pulak the pewangi rumah/rooms lah. Since ada 3 wallflowers plug kan, kena la beli lebih sket. At least satu bijik tu leh le tahan sebulan lebih. Semua 3 bijik pun aku pakai serentak kat rumah tuh. Pokaiiiiiii…..

Skang ni dah new year, takde dah kot sale. aku pun ngah cuti this week, so not sure lah. But memang kalau year end kena grab sangat, coz depa punya sale is better than other months. Kalau dapat la lagi beli kat US, kan best, ish ish….lelong2 je depa jual.

 IMG_4504

so supermak’s tips kali ni, dah lama buat ni buat baru ni ha nak mencanang. The eggs of bedsheets. Bedsheets ni ada orang letak sumbat sheetnya dalam pillow coverkan, but for me, aku sumbat the pillow and booster covers tu dalam bedsheets. Dan jadikan telur. Video tutorialnya ada dalam my instagaram. Kes nya aku fed up bila anak2 cucu of the bedsheets ni asyik ‘berjalan’ so one day aku buat sendiri experiment nih.

Yes as you can see, ada over 20sets of bedsheets dalam compartment nih. Semua all mine lah, king size. aku memang giler tukar bedsheets, apatah lagi membeli. Kesnya coz at least 2 hari sekali memang tukar new one, berbulu je ler laki aku coz dia yang kena nak pasangkan ke tilam (coz tilam sangat berat, tenaga pompuan tak mampu). alangkan tilam kakak pun sama, abangnya yang tolong pasangkan the bedsheets.

For bilik abang kakak pun, aku telurkan sama their bedsheets. But depa tidaklah 2 hari sekali tukar, ponek ler washing machinetuh. Once a week jer for them. Aku memang hobi, suka benau tukar cadar hiks…

Yang blue2 cadars dalam gambar tu, ada merah dalam2nya but coz bila fitted kan, biru yang clearly seen. Idok le aku giler biru heh. of cos red one di hati.

So nakkan tutorial video telur bedsheet nih, pi ler tengok dalam instagram akak.

IMG_4518

IMG_4519

dan last2 one. need favour. sapa tau mana nak dapat candles kuning nih. akak lupa ler akak beli kat mana candle kuning besau nih. Dah cari dalam blog pun tak jumpa. This is not from Ikea, itulah halahai lupaler. Size dia besar nih, taktau le ngapa akak beli kuning, surely takde merah ler tuh. Hah mana jualnya? Sapa tau? Roger2 lah akak please….

 

 

Comment: 1