Princess flower girls gown…

bukan wedding gown ai yerk…but girls nya hek. aku ikut member pi beli gown utk anak menakannya. so sambil dia memilih i pun curik2 tengok. eii cantik-cantiknya gownnnnnnnnnn budak2 kecik pompuan nih. gegirl dulu ada satu kaler merah, ntah lupa kat mana pulak aku beli but cute, siap ada bunga rose lg kat pinggang. but badan makin naik so dah tak pakai lah.

aku ingat lagik lah aku beli dress tu sirman buntang mata tengok pekemahal sangat. eh sirman u sadap. i girl, anak i girl, i tau taste kay.

IMG21333

untuk ibu2 yang blom ada anak pompuan, lek lu ek…korang leh abadikan dress yang lawa2 kat Gegirl. anggap jelah budak cik tu anak angkat korang. ha bayangkan pun dapat pahala, kalo korang adiahkan dress gown gini lagiiiiii beso pekdahnya!

IMG21336

but sumpah yong, harga dress depa memahallllll! kat parkson kira leh gak lah dapat yang RM79 kot, but kat isetan busuk2 pun harga RM139. yang mata ko nak tu lah harganya RM169. amboi, lagi mahal dari sehelai baju kerja mak korang. udahlah tu kaler kalo amik white memang nangis lah nak menjaga.

tapi putih lah cantik kan. but merah lagiiiiiiiiiiiiiii cantik!

IMG21340

aku tengok patung takdak pala ni pakai, lawo pulak yang hok dark pink purple kanan tuh. kain satin siam tu! eii lawonyaaaaaaaa!! oh gegirl gegirl. aku takdak adik badik yang nak kawin or leh jadi flower girl pung. so nak beli pun no point.

but ada satu tuh kan, aku berkenan benorrrrrrrr, very soft white, dalam nya sejuk jer bila pakai, RM169 kat Parkson. nak beli tak nak beli.

sibuk mak dari anak. eh sbb anak tak keje kat klcc, cer gegirl tuh sama rewang ngan aku kat klcc sah dia pun eii mummy so prettyyyyyyyyyy, adik nak pls.

IMG21343

the only red dress, size besooooooo. comei. purple tu pun comei, dia nya design bawah tu ala2 kembang kuncup kain, but dress tu beratlah. sure pakai tu kena lepak lam hotel dok dendiam very the tatasusila.

alo takdak korang ke nak amik gegirl jadi flower girl. ahahah punyalah nak suh anak pakai dress lelawa mahal giler ni hek. kalo ada u contact mak dia yek. untuk jadi flower girl je lah, kalau nak minang, mmg saje nak makan soup penampar lah ngan bapak dia kang.

btw …demand nampak, siap korang mintak drama series RM and Sirman plak yek. ooo tidak tidak…mak x rajin. mak lagi rajin blogkan cite dress memahal labuh gini.

image from Kak Google.com

ni anak omputih sapa nih, amboi comeinyaa….gown pun comei seksi yek.. …rambut pun ke main berdandan. ni yang ado gak weekend nih mak nya godam rambut anak ni kang….

Categories : Gegirl

~ Sri Bridal ~
Wedding Designing and Photography ~ for bride n groom with luv!
Bukan Butik Biasa
RM50 dan Tudung Ika bernilai RM35 untuk dimenangi. Hurry! Before 20th March 2010!
Langsing Dengan S.I.Y
Dijamin Keberkesanannya Dalam 10 Hari!
RED Random Posts. Korang dah baca?

Down the memory lane…

IMG21327

ha i will always love you, bukak2 je korang dah kena baca entry jiwang karang belacan hek. kad ni tergantung kat rak towel, si gegirl ke abang tah yang jumpa kat celah2 barang lama…terus tergantung ke main lama pulak kat bilik aku. iskk..kad ni pun dah 10 taun usianya…was given by him a month after our engagement. perkhhh!

bila tarikhnya tunang, sumpah aku tak ingat. tanya sirman lagilah dia kedaung. kena dok pikir sesunguh baru leh ingat. yang aku ingat it was on 2nd day of Syawal. orang sibuk raya ko sibuk nak bertunang kan….tapi tarikh nikah wedding tu mmglah ingat lagik. no compromise yek, always remember that.

IMG21328

kat belakang kad tu ada gambar ni. aku suspect sirman print dari computer nih bukan dari kedai photograph, eii jelik tengok gambo muka mak merah. bughuknya hahahaha! sib baik gambar ni kecik so korang tak nampak the close up muka ai yang very the lemau sangat tu. make up pun sendiri, carik baju tunang pun last minute mar…takde nye berhias beria sangat pun. masa engaged ni aku dapat set barang kemas, mak mertua aku pakaikan cincin, akak ipar sulong pakaikan rantai, akak ipar no 2 pakaikan subang kanan and biras aku pakaikan subang kiri. ha complete ko!

skang sume tu ada lagi, eh rantai tarak sudah kena ngap ngan perompak umah aku dulu. subang ada lagi, akan kuturunkan kat gegirl. cincin pun ada lagi, leh muat jari kelingking jer dulu heheheeh. yelah masa ni aku kurus melidi takde lemak langsung, berat pun 38kg jer. tiup2 leh tumbang. a year after that kawin kepak kepak kepuk….

oh konsep tunang dulu mmg silver sbb masa tu ngah sibuk Y2K gitu….but for wedding of cos lah merah temanya.

daaa :)

well lots of u bising suh aku buat cite jiwang2 mana kenal si mamat nih hahaha. after 5 yrs of blogging pun aku reluctant nak citer, but let s have a down memorly lane stories lah yek, bagi korang yang ngidam nak tau sangat tuh.

i met him on 1997, he was my colleague :) . i joined that company first and a year after that dia pulak joined. He was an IT guy, my lappy was down wt prob, so he came to assist. dok sblh aku sambil2 godam lappy aku sambil tu tanya benda2 personal. wah mamat ni….but sampai kat situ je lah. then one day our frens ada buat makan2, he ajak aku naik motor ngan dia. aku takde keter lg masa tu. takkanlah nak naik. iskk. lgpun  masa tu lom ada feeling2 lg hahahah…so aku datang kat tpt tuh ngan sorang lg kelig naik keter ha masa tu fasting month and we were late due to traffic.  n pakcik ni cakap tu lah tak nak naik motor ngan saya, kan dah lambat bukak puasa. ei. pastu ada game chess, we first time main together, masa tu lah dia kalah and he was shocked bila first time dia kalah kat tangan sorang awek. hahaahhaha

ok cut the story short, we fell in love, pas engage, think few weeks after that sirman jumped out to spore, for another offer. tapi dalam masa bercinta bertunang tu eii toksah cakap lah gaduh sesado. nak putus tu ke main banyak kali. masing2 lawan baran sokmo. masa cintancintun tu lah…

We have been married for 9 years. We started from the bottom to build our asset dan hutang piutang hahaha…aternya nak beli umah beli 2 keter tu and macam2 lg kan. but for the love we have Abang and Gegirl.

sah anak2 aku kalo baca entry ni ‘eii mummy daddyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy’ but i lap u sirman :)

dah dah korang…actually entry ni patut panjang lagi tp eh udah udah ler, cukup lah yang lain tu buat simpanan sendiri. aku malas lah nak buat chronology bagai. susah oo aku nak rerajin buat entry macam nih, so not me. aku leh buat cite advertorials kaw kaw, aku leh buat cite ahmad pergi ke pekan secara terperinci tp utk aku buat entry Redmummy dan Sirman oh tidak….

cos ai very the shy shy one :)

Categories : Memory
RED Random Posts. Korang dah baca?

Keris Parang di Pusat Krafttangan Jalan Conlay…

IMG_9170

IMG_9191

siapa menyangka entry saya berkenaan Hulu Keris Hulu Parang pada bulan September lepas membawa impak yang besar di mata dunia. mungkin cos of the google membantu dan spreading words dari kamu supaya membaca entry tuh…makanya makin berkembang2 lagi pengenalan hulu keris hulu parang. memang ramai orang berminat untuk menjadikan keris, parang dan pisau untuk sama ada buat hiasan replika, atau digunakan buat kegunaan harian.

IMG_9161

So pengusaha hulu keris hulu parang, Encik Zamri Wahid ada mengadakan exibition di tanah pusat Kraftangan Jalan Conlay. bersempena dengan Festival Kraf Kebangsaan antaranya ialah pameran keris parang milik hasil En Zamri Wahid. kalau you all nak tempah, coz nak pi ke bengkelnya jauh di Kuala Pilah N9 kan, so boleh lah datang ke:

Khemah A, Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Jalan Conlay.

Please contact En Zamri untuk mendapatkan nasihat lanjut, tempahan keris, pisau dan parang, or mbe boleh terus je buat appointment jumpa di Kompleks Kraf or di bengkelnya di N9. Number talian untuk dihubungi 019-6685 036.

Hanya yang mahir sahaja boleh menghasilkan keris dan parang yang bermutu, En Zamri is the right person, sudah ramai ahli kenamaan, kerabat diraja dan penduduk setempat yang mendapatkan khidmat beliau.Exhibition di Kompleks Kraf Jalan Conlay ialah sehingga 8 Mac ni.

Aku ngah tunggu keris idaman Sirman yang dihias dalam box baldu sampai ke VA :)

Categories : Hulu Keris Hulu Parang
RED Random Posts. Korang dah baca?

Time to evolve…

Bersedia untuk pembaharuan dan cabaran yang lebih besar?

Time to evolve…

Experience yourself here!

Categories : Ads, Nuffnang, Olympus
RED Random Posts. Korang dah baca?

Status dan Wang..

saya tanya di twitter soalan ni smlm

hari ni tanya in public lagi

mahukan status ataupun wang?

tangan kanan nak bagi aku wang

tangan kiri nak bagi aku status

purata menjawab mahukan wang than status, yet 1% mahukan status coz dari status akan ada wang jugak.  for me, bila dah ada wang, baru lah respect and status pun datang.

bukannya apa, kerna status, glamors kononnya pun kawan leh tinggalkan kawan. contohnya gini, Siti Nurhalipah dulu sblm jadi bintang ternama kawan baik kawan2 biasa dia ramai….sesama serumpun main sana sini bagai lah yek. but bila dia dah ternama, Siti Nurhalipah jadi milik masyarakat yang idolakan dia. so kawan2 ni pun macam menjauhkan diri. tapi Siti Nurhalipah tak pulaukan kawan2 dia, but kawan2 dia yang sendiri macam serba salah nak get along kawan ngan dia yang very the divadividivu skang nih.

tiap kali Siti Nurhalipah sms ke email kawan2 lama nih, jangankan berjawab emails nya, sms pun x laku. sian…

serba salah ko kan.

ada status pun tak seiring dengan perjalanan lama hidup kita yek.

btw anak kak PP dah sihat, nanti sapa2 nak order spanx or designer handbags leh attack dia cepat2 sket ek, spanx tu kalo order reramai leh lah jimat banjer postal.

Categories : Memory, Spanx
RED Random Posts. Korang dah baca?

Hola hola!!

IMG21295

i was sitting next to aseana, ni butik baju mahal woo. 5 taun keje kat klcc, 5 taun tak penah masuk dalam nih. aku x invest baju yg memahal bonar. not so good. busuk2 kang kena jual balik dalam nih. aiyak teringat ngan sedara aku last week ada tepon siap sempat zass aku lagik ‘red tolong ek promote abang nya business, ko tu asal pakai baju je jual pakai baju je jual’ hahahahha abang abang, aku lupa nak promote ko nya project, takpe, i still have lots of time, tp insyallah this week aku promote sedara aku mar.

biasalah sedara, tak tolong kang, kena cop sedara pun tak nak tolong

ye aku nolong ler…

IMG21298

pastuh ingat nak pi gym. eh bukan nak buat exercise, buang tabbiat hapa…member aku ajak pi tengok kiosk baru bukak kat kedai bawah depan gym, the maybank lama. ada kedai makan kooo! elok sangatlah tuh, letak kedai nasi lemak depan gym center, pas peluh menitik2 ha pi makan depan tuh jer.

i will try lah the shop one day. tp bukan nak makan nasi lemak. nak nerai nasi tomatoooooooooooo! makan nasi seminggu sekali boleh lah yoep!

IMG21296

there orang diet nya lunch. actually aku dah terliur2 nak makan ayam masak merah tuh, pastu member aku ni tengok aku order dia pun sama nak order, i dont like to eat benda yang sama ngan orang, so aku bagi dia laluan order ayam masak merah. aku ngan ini gedabak cekodok. makan 3 bijik jorrr, sbb muak…

how s your diet?

diet mak merah tanpa culas, no nasi during lunch, light nasi during dinner itupun tak makan hari2 pung, sebab nemankan sirman kan. my meeting ngan my fren ni usually sebulan sekali, so dia cakap ‘ha nampak lah sikit susut badan tu, kalo tidak dari jauh aku dah nampak ko’ sompek lagi ko zass mak merah kan!

IMG21287

iklan sebenar…kudapat ole2 dari penaja….

salah satu dari seronoknya penaja nih, bukan si paperbag tu yek, tp dia bagi goodies lam paperbag tuh, got the mak nenek make up, ai likeee it. ha seronoknya kalau depa nya team sokmo ada buat shoot kat oversea. bestnya. molek2 keje ek, nanti ada side job panggillah RM ye amoi. leh i tumpang jalan2 oversea gak.

lama acik tak berjalan jauh…i mean for a real holiday. the last holiday was kat HKong jer. kuching tak leh kira coz itu shooting cam nak mati pack jadual dibagi.

oklah korang

aku ingat nak pi window shop lah sok lusa, lama x cuci2 mata nih. cuci mata tanpa membeli itu nikmat dunia, tapi kalo kita kena kuor duit, itulah padahnya. but kalau ada allocation apa salahnya kan.

i have something yang aku nak beli, tapi bukan di sini, dari Dubaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! allo adik dubai :)

Categories : Frens, Lunch, RedMummy
RED Random Posts. Korang dah baca?

Drama Score A…

IMG21275

antara drama2 part 1 part 2 and coming the next months gamaknya, ni lah drama sebagai seorang abang. yang kena belajar melalui kaedah Score A. nak biarkan abang sorang2 belajar memang sounds boleh jer, but aku macam nak kepit je ngan dia bila aku ado maso gitulahkan. so waktu aku nak lie2 down hujung minggu arituh, aku ajak dia naik sama katil, ha buat sebelah mak ko.

so ni posisi pertama dia…

IMG21281

ini posisi keduanya…mata buntang2…lagi bijak kan dia mutekan suara lappy ni coz kalau salah ke betul Score A tu berbunyik. so kalau salah kang, mak dia dengo plak, macamlah aku tak leh nak checkkan. kitorg bertiga dok lam bilik, aku baring2 jer, sirman buat keje kat pc, gegirl pulak main games kat lappy luor.

kalo abang buat sendiri, ada gak dia ikut sama adik pi y3.com tuh.

IMG21284

ini posisi terakhir, sambil buat nih ada ujan renyai lah…boleh dia suh si adik nyanyikan lagu ‘rain rain go away, come again another day’. but abang  lak diam2 quietly dia doa Ya Allah tolonglah berentikan ujan, abang nak pi playground….

doanya dimakbulkan, memang ujan berenti sekejapan kemudian, lepas berrjam2 buat exercise Score A, barulah berenti untuk bermain sekejap. oh adiknya menebeng dok tengok sama abang buat score a sambil nyanyi tuh coz adik nak pi playground, kalo abang belajar adik x pat pergi hiks..bijak korang ek.

but dah 2 nites in a row, waktu malam for 15min at least abang akan bukak sendiri pc and buat his exercise. depending on his homework lah, kalau sikit 1,2 jer leh lah jenguk Score A tapi kalau ada yang kadang2 sampaai 3,4 bijik homework memang tak leh lah dia nak bedek Score A, weekend je lah leh usik. fav subject dia yang senang2 la cam malay english maths, maths cinapun dia suka. tp tang mandarin ha berpinar!

sapa2 yang tanya pasal Score A tuh, aku dah bagi site nih, cariklah Contact person kat situ, aku bukan ahli mar, aku pun dpt free trial package from cik sweetdarling penaja rasmi Score A anak2 RM. Sila Contact Amy @ Sweetdarling yerk for Score A details, she s the master: 0172667113


Categories : Score A
RED Random Posts. Korang dah baca?

Ohalamak!

baru selasa aku dah blank tak tau nak tulih hapa dahh!

macam ada 2,3 citer sensasi yang best gedebus tapi tak boleh plak nak share lam nih. but 2 hari nih aku marah sangat ngan 2 clients aku lah. sesangat! tapi takpe, itu sume hal umah tangga, kita kalo nak  merajuk ke bengang not to publish in public. jaga air muka mar, tak muka aku, muka clients pun kena jaga gak.

wpun dalam hati memang rasa nak nak cecekik je diorg nih!

tapi ada gak mangkuk2 yang tak tau nak jaga air muka aku, bukan main sedap je percik2 air tu ek, amboi, kak redku sayang ke mana nya bukan main lain ek hangpa.

so alkisah aku busy lah lately nih, dah malam2 baru balik. bila balik nak tidurkan anak2, sambil tu kena jerit2 kat diorg. paling siksa time nak suh masuk tidur. abang pulak kalo dah abih homework awal, still tak nak ngadap buku, berkira tol dia. dahlah minggu ni periksa.

so nak kena paksa2 suh aku bebel baru lah dia geti nak bukak score a tuh. tu lah anak aku ni macam tak jalan je nak buat score a ni tau. tapi takper baru bape hari kita pakai kan, tunggu2 lah lu yek. n depa tidur kol 830mlm. IYE LAH KORANG, ANAK2 AKU TIDO AWAL tiap hari 830pm. apa dah asik tanya benda yang sama je dalam fb tuh. time weekdays mmg budak2 tu tidur awal lor. hari tak sekolah jer boleh tidor lambat till midnite ker.

eh dulu waktu abang umur 4,5 taun lagi dasyat tau, kol 2,3 pagi pun mata berjaga lagi nengok kartun. dah masuk year 1 baru disiplin sangat.  ha pastu nak teman laki ku makan, pastu nak bukak laptop, 2,3 ari ni gak ada je keje kena buat, side job gak, nak kena ngadap 100% coz nak update entry bukan boleh main sangkut2. entries aku dah lah banyak.

ok dulu lagi banyak giler nak cong kan. aku pun pelik, bila pikir2 balik, camne aku leh buat entries yang begitu banyak dulu setiap 2 jam tuh! but skang, takkan aku nak cite yang sama jer kan, wpun adakalanya hidup kita statik sama jer, tp cara ngolahan tu lah kot yang sampai berderet2 entry.

well anw, my point is, aku sangat2 sedang busyyyyyyyyyyyyyy!

aku serba salah je kalau korang refresh tapi tak dak gak entry baru. ada pun 2,3 ketul per day je skang kan…tapi 1 good thing, aku sangat kicking dalam FB and Twitter. that s consider as live entry lah yek. sana lagi tak rasmi, sini rasmi sket coz ni macam journal. tapi betullah korang2 lam twitter tu memang follow aku and dok diam2 kan, sangat2 diorg check on apa aku buat but nak berlawan cakap balas takdak nya lah. adalah a few itupun tengok topik apa aku sangkutkan. kalo takat2 cakap ‘aku nak kencing lah’ ‘aku nak pi make up’ ha tu mmg takdak sapa nak bercakap samalah.

so dengan cakap lain, saya mohon maaflah awal2, zahir batin ucap selamat sebab lately memang entries kurang. lgpun tu pun salah satu reso aku gak, nak mengurangkan entries dan membanyakkan masa ngan laki dan anak2. mesti kang malam ni ada orang nak ngendeng2 ngan aku nya lah, coz mlm smlm dia dah balik lambat kan, bini dah tidur baru sampai umah. alkisah saya terpaksa buat berpada2….

entries banyak betul tapi nak aku type sesado tu yang lemb sket lah. sila bersabar and oh pls, if you get my email, can u please be so nice to reply it. ok kalau pas seminggu tak nak reply aku assume ko tak berminat yek. adalah orang2 nih nak tu nak nih bagai but u knowwwwwwwwwwwwwww.

mlm ni nak kena confront sket ngan gegirl, budak tu asal kena marah sket cebek. eh blom kena marah pun dah cebek apatah lagi kalo dah kena marah, lagi meraung. ingat dulu dia pi potong rambut sepupunya ngan rambut dia, ha pagi tadi aku terdengo dia cakap rude sket. bapaknya tegur light2 sangat. so aku dah tepon dia dari tpt keje tp leh dengo suara dia nak celebeng.

bersepah2 pulak contents entry nih, bantai je lah.

till then…dari tulisan separuh hati Redmummy.

Categories : RedMummy
RED Random Posts. Korang dah baca?

Musim badminton la pulak…

IMG_5114

first round, diorg ajak mak nya main badminton. oklah racket pun kitorg ada 3 memang sentiasa je ada lam bonet keter. lgpun abang mmg sabtu je hari badminton kat skul. lepas tu aku lak give up asik aku je kena kutip bola dek budak2 nih. abang ngah terer main, so asik mengzasss je kejenya. pas aku dah give up, diorg main sendiri.

IMG_5105

so sebab mak tak nak main, diorg pi sebelah luor umah nenenya nak main sini, lagi bebas di angkasa gitu kan.  malangnya angin sepoi2. ha geram la diorg tak dpt nak berbadminton…aku dah cakap takleh main situ, angin kuat. at least main lam kawasan umah nenek boleh gak lah ko nak zass, ada pokok terlindung a bit.

IMG_5142

so diorg masuk balik, kali ni ada jumpa satu racket sepupunya, maka mainlah berempat ngan pak wannya and daddynya ikut sekali. tp biasalah yang over gegirl n abang. yang tua 2 orang tu jadi pak pacak je lebih. tak pun tukang kutip shuttlecock.

IMG_5141

waaa abang gaya sudah ada. ai lap u lah abanggg!!

IMG_5139

tengoklah pak wan gegirl tu buat perhiasan jer berdiri sebelah, kalo boleh sume dia nak amik, but ai lap u tooo gegirlllll!

IMG_5128

pastuh aku angkut air kuih letak luar je lah, aku n mak dok je jadi penonton. depa benti main bila 2 shuttlecocks sangkut atas bumbung, dibuat dek abang. ahhaha tu lah. baru reti berenti main. lepas main ni lah abang pi tepi padang tu balik kena kemuncup, sambung plak main beskal. ya gitu lah kalo dapat depa balik umah nenek sini mmg bebas sungguh. explore sume benda nak dimainnya.

korang tau apa hobby abang, bila aku sesama  ngan dia buat homework dia…dia tulih situ ‘abang suka main’

orang tanya hobby, ko pi jawab main yek…

btw gegirl tu pun dah pandai lah sket2 main badminton coz tiap kali abangnya badminton kelas, dia pun ikut sekali, tapi dia main ngan bapaknya lah. yang tak menahan tu dia malas tol nak kutip bola wpun kat kawasan dia. abang aritu masa cuti raya cina, dah bukak dah session, tp semua dok cuti lagi, so dia sorang je student cikgu ngajar pastuh weend baru ni pulak, 3 orang je yang datang. balun betullah diorg training.

teringat zaman2 aku active dulu semua aku sapu main, tp skang dah tak leh dah lah, cepat pancit. aku dah gantung racket dah pung.

Categories : Abang, Family, Gegirl, Sirman
RED Random Posts. Korang dah baca?